Sunday, November 9, 2008
Konvo Dani
Monday, October 20, 2008
Cara- cara utk mengeratkan hubungan suami isteri - Dr Fadzilah Kamsah
Dah lama tk menulis kat sini, got no time, ni nak tulis cepat2 takut lupa sbb smlm baru tgk ...
Tanda2 hubungan semakin pudar
1. Sentiasa tidak berpuas hati dgn pasangan
2. Menyesal kerana mendpt psgn tersebut " menyesal aku kawin ngan kau..."
3. Berhenti berdoa utk pasangan masing2
4. Sentiasa nampak yg buruk terhadap pasangan dan tidak bersyukur dgn kebaikannya
Cara2 utk memperbaiki hubungan
1. Sentiasa bersyukur kerana diberikan pasangan
2. Suami isteri ada 15 persamaan - cari persamaan dan fahami perbezaan
3. Sentiasa mendoakan pasangan masing2
4. Lakukan kerja bersama2
5. Banyakkan sentuhan
6. Sentiasa menganggap pasangan adalah teman karib anda
7. Sentiasa menjadi orang yang seperti pasangan kenali dulu, maintain sifat2 itu krana dgn sifat itulah pasangan tertarik hati dengan anda (ini yg suamiku tak ada)
OK for now... bila ntah nk load gambar raya tahun ni
tak sempat la, got no time... a bit busy... some other time
Thursday, August 14, 2008
5 sebab kenapa suami mati cepat... dr Dr Fadhilah Kamsah
2. Isteri jarang puji suami
3. Suami kena mintak kalau dia nak apa2...
4. Suami yang jarang dipeluk isteri
5. Isteri jarang berdoa supaya suaminya dipanjangkan umur...
p/s: Dr Fadhilah pesan, bg mereka yg belum berkahwin, sila peluk tiang utk praktis sebelum kawin
Tuesday, August 12, 2008
Nisfu Syaaban...this coming Sunday...
Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad ( sebaik saja masuk maghrib), 17hb Ogos 2008 (Ahad) (selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1429H)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah
segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Ahad)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
Insyaallah
Cuti sekolah tak lama dh...
Sunday, August 10, 2008
Wedding Amrallah n Fatma...
Bila nak start mengajar balik... rindunya teaching...
You teachers are going to love this one!!
At Penn State University, there were four sophomores taking chemistry and all of them had an 'A' so far. These four friends were so confident that, the weekend before finals, they decided to visit some friends and have a big party. They had a great time but, after all the hearty partying, they slept all day Sunday and didn't make it back to Penn State until early Monday morning.
Rather than taking the final then, they decided that after the final they would explain to their professor why they missed it. They said that they visited friends but on the way back they had a flat tire. As a result, they missed the final. The professor agreed they could make up the final the next day. The guys were excited and relieved. They studied that night for the exam.
The next day the Professor placed them in separate rooms and gave them a test booklet. They quickly answered the first problem worth 5 points. Cool, they thought! Each one in separate rooms, thinking this was going to be easy... then they turned the page. On the second page was written...
For 95 points: Which tire? _________
HAHAAHHAHA... kantoi di saat terakhir
Tuesday, August 5, 2008
Ready to go...
Dani's sport day...
On Sunday, 3rd of August, seawal 7.30 pagi kami dh bertolak ke Serdang, to support kakak Dani on her Sport's Day... adik2 pun semangat.... bangun pagi, dani masuk walking turtle, tarik tali n kangaroo ball... semua dia menang... and team dia which is yellow team pun menang for this year... good for her
Monday, August 4, 2008
Di mana kedudukan seorang wanita...
Salam, hebat betul Wan Azizah, dr seorg surirumah, dia memegang jawatan tertinggi di Parlimen (pihak pembangkang) atas dasar memperjuangkan hak suaminya yang disekat undang2. Hanya sebagai proksi Anwar, finally she stepped down utk bg laluan pd si suami... menunjukkan betapa kasihnya pd Anwar... Hayatilah article ni...
"Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama 16 tahun mulai 1982 sehingga 1999. Kerusi tersebut yang terpaksa dilepaskannya akibat dipecat, didakwa dan dimalukan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) ketika itu.
Kerusi tersebut terus diwakili isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999 hingga semalam (31 Julai 2008).
Kerusi Permatang Pauh tidak dikosongkan hanya semata-mata untuk menunjukkan kasih sayang seorang isteri kepada suami.
Ke mana sahaja Wan Azizah pergi dan memegang jawatan sama ada Ahli Parlimen atau Presiden parti, rakyat tetap beranggapan atau mempunyai persepsi bahawa beliau adalah proksi Anwar.
Memang pun! Kerusi parlimen Permatang Pauh sememangnya kerusi milik Anwar. Wan Azizah menggantikannya seketika, sementara Anwar disekat undang-undang untuk bertanding dalam pilihan raya.
Juga sebagai presiden parti, rakyat tetap beranggapan bahawa Anwar adalah presiden sebenarnya, Wan Azizah hanya sebagai nominee. Sebab itu Anwar digelar Ketua Umum KeADILan atau de facto leader.
Parti KeADILan Rakyat, yang sebelum ini dikenali sebagai Parti KeADILan Nasional ditubuhkan kerana Anwar Ibrahim. Untuk memperjuangkan keadilan, cetusan daripada kezaliman melampau yang ditimpakan BN ke atas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1998.
Dan, Wan Azizah dipilih sebagai presiden parti kerana beliau adalah isteri kepada Anwar, Anwar sebenarnya yang menjadi ikon reformasi politik dalam negara.
Kesediaan Wan Azizah melepaskan jawatan sudah lama. Selama 16 tahun Anwar dalam Umno dan kerajaan (1982 - 1998) Wan Azizah tidak mencampuri urusan politik. Beliau adalah suri rumah sepenuh masa.
Dalam tempoh sepuluh tahun, seorang suri rumah yang tidak mencampuri urusan politik, terpaksa mengetuai parti politik, terbabit dalam perancangan politik bagi menggantikan suami yang terpenjara selama enam tahun (1998 - 2004) dan empat tahun dihalang untuk bertanding.
Tugas Wan Azizah selama sepuluh tahun ini bukannya mudah, mengambil alih peranan Anwar bukannya mudah, justeru keputusannya berundur sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, harus dihormati."
Friday, August 1, 2008
Unexpected news...
Dengan dukacitanya, dimaklumkan, Wan Adani Hazwani bt Wan Zuha tidak berjaya mendapat tempat di Sekolah Rendah Agama Integrasi, BAngi.... agghhhh... sedihnya... takpela, takde rezeki dani, anyway kita cuba Sekolah lain plak... tp sebak jugak la... ala ibu ni, baru Std 1, belum SPM lagi, hati seorang ibu, siapa yg tahu...want the best for her... but maybe this is not the best for her??? Who knows??? Only Allah...
Thursday, July 31, 2008
hati dan perasaan...
Sometimes, terfikir jugak, apa yg org fikirkan??? adakah berbeza dr apa yg kita fikirkan.. Adakah kita terlalu demand dlm hidup ini sedangkan kdgkala kita jugak perlukan masa utk diri sendiri... susahnye kalau kena jaga hati semua org... masaku agak limited, aku hanya boleh 'bfikir n buat kerja' only at office hour.. when I go back, my time is totally for my family, suami n anak2... nak buat kerja rumah lagi... all this take a LOT, I mean a LOT of time, my relax time is also 8-5 jugak, masa tu nk belajar, masa tu nak rehat n at the same time, itulah juga masa for shopping + window shopping... hehe... some people they don't understand, nampak aku relaks kluar masuk, tak buat keja... yg nampak... yg tk nampak, tak kan nk cite kt org... paling 'mbebankan ' kalau ada guess dtg... mana nk masak lg, takkan org dtg tgk umah sepah2 lak kan... tp people... most people they don't care what kind of situation you're in... kdg2 letih n give up.. but life has to go on... with the support of my beloved family, I hope I can go on with my life easily... not easy as u think... dengan doa dan berkat dari mu Ya Allah, permudahkan hidupku... aku redha dengan ujianMu...
Tuesday, July 29, 2008
Umrah...
Dah lama tak menulis kt sini... got no time la... busy aje kejanye, Dr lak asyik dtg... buat survey... al maklum, nor dh submit, aku la kena attack memanjang. Next week, ada kenduri doa selamat kat Kuantan sempena pemergian kakcik, mama n dikdi untuk mengerjakan umrah... alhamdulillah... hajat kakcik tercapai jugak akhirnya. They all akan berangkat on 24th August, if I'm not mistaken... dan sempat menyambut Ramadhan al Mubarak di sana a few days... bukan senang nk dpt peluang berpuasa kat sana. Semoga apa yg dihajati terdoa dan termakbul... ingat nak kirimkan doa to be read dpn Kaabah... Insyaallah... mudah-mudahan... Yang penting, semoga allah bukakan hati abah n mama ke arah yg lebih baik... Insyaallah... sedih lak tiba2, entah bila la masa aku nak pi, insyaallah..., Allah sentiasa membantu niat baik hambaNya...
Monday, June 30, 2008
Cuba baca... pernah tampal article ni di rumah...
sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan
hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar
dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui
saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi,
semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh
berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya
kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang
ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan
penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta
yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang
malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang
mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang
tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang
boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia
bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab
dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang
ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang
memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah
yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan
memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah
mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya
menenui selembar kertas dengan coretan tangannya
dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik
program didalamnya dan akhirnya menangis di depan
monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya
boleh membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya
boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti
ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di
tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik'
Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan
tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu
tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus
menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang
dapat menolong mengguntingkan kukumu dan
memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing
menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir
yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang
bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh
mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan
tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha
untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong
bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi,
jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang
masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang
tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia
Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang
terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan
pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan
wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti
kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita
merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam
'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah
hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita
bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari
cerita ini..:)
Wednesday, June 18, 2008
HAPPY FATHER'S DAY...
Thursday, May 22, 2008
school holiday nak start dah...
Esok start cuti skolah, hari ni Dani punya last exam, Science n Hafazan, maybe next week we all nk balik kg... nk attend wedding, lgpun dh lama sgt tak balik... n bercuti, take a break jap. We start dr kl ke kuantan... then balik kelantan, maybe singgah jap umah kak long di terengganu, then balik kelantan, hai... rindunye nk balik kg, tp mesti terseksa naik keta.. jauh tu dgn 3 org budak nakal... tu my hubby, drive careful, biar laju tp selamat, bwk keta cam ribut... tak makan nasihat dah...born to be a driver agaknyer..
Wednesday, May 21, 2008
kawanku nk submit dah....
Interview sek integrasi...
Website sekolah integrasi bangi: http://www.sraibbb.com.my/index.htm
Thursday, May 15, 2008
My hubby...
new neighbour in Bangi...
Monday, May 12, 2008
My family
Below photo, dina ... princess no 2... baik sangat, rajin, tapi naughty. pick up...mantap...cepat pandai...agaknye sebab byk tgk kakak kot..yg penting dia syg sgt kat wadah.. mcm twin la diaorg ni... yang tgh tu wadah, princess no 3.... ya allah.. naughty tahap gaban... ingat kakak2 tu dah naughty, dia ni lagi naughty... dan manja... dan garang...top photo...adani... mmg sayang sgt kat adik2.. tp kuat mengusik...jd rumah kami mmg bising dgn suara2 nangis budak kena buli... hehe